Friday 15 April 2016

Cyclez Cafe Muar


Dah lama tak buat review. Jadinya kali ini nak #honestreview sebab memang best sangat nak share dengan you alls. Okay, ceritanya macam ini. Dua atau 3 bulan yang lalu..

Anis *my beyff* dah beberapa kali ajak Neeza masuk cafe ini setiap kali pergi Wetex Parade (well, satu-satunya mall paling gah dekat Muar ini :') ). Since Anis ini belum dapat hadiah birthday dia tahun lepas *nak bagi hadiah buku, tak nak,hehe* niat nak belanja dia time itu, so ikutkan selera dia jelah. 

Asalnya kami tak tahu nak makan dekat mana. Kalau Neeza prefer Old Town sebab ada wifi. Anis nak ke Sushi King tapi tak ada wifilah. Dah depan Sushi King tapi berat betul aku nak ikutkan selera minah ini *monolog dalam hati*. Akhirnya, Anis ajak Neeza ke Cyclez Cafe ini since we pun tak pernah pergi. Tapi Neeza cakap dekat dia dulu,

" Tanya ada wifi tak? "

Hahaha. Biasalah, orang zaman sekarang mana boleh hidup tanpa internet. Lagipun dah jadi city people, tau jelah, kalau pergi mana-mana restoran, anggapannya mesti ada wifi. Huhu.
Cyclez Cafe, pintu depan dan dalaman berkonsepkan basikal *sumber gambar FB Cyclez Cafe*
Okay balik cerita tadi. Anis ini lah kena pergi tanya dekat pelayan itu. Haha *jahatnya aku* Pelayan itu kata ada. Pegang tangan Anis, okay, Anis, set jom masuk *nampak tak Neeza yang terlebih over time itu* Hehe. That time, Neeza ambil set chicken chop without rice *since tengah diet* dan Anis ambil chicken chop with rice.
Dari situlah Neeza dah mula suka pergi cafe ini. Nak tahu tak?

Baru ini Neeza cuti pertengahan semester. For sure, I am going back home. Since, seorang pun bff I yang tak dapat cuti (untuk yang bekerja) dan bercanggah dengan cuti mid sem, so I decide to hangout alone. It's not bad, actually. Sometimes, you need time for your own self, am I right?

Then, I decide to go to Cyclez Cafe again.

Kali ini nak rasa dessert which set coffee dan kek. Seriously, I really like their coffee especially latte. Suprisingly, tak sangka ada rainbow cake! You know what? Dah sebulan lebih, Neeza craving nak makan rainbow cake! Sangat. Malangnya asyik tak berkesempatan je nak makan rainbow cake. Huhu. *sorrylah tak ada special boyfriend yang boleh bagi kita benda yang kita craving nak makan :-p*

Maka puas hati sangat dapat makan rainbow cake dengan latte. Sambil itu surfing internet buat kerja sikit Tak sangka sampai berjam-jam. Perut pula lapar sangat. Then, decide buatlah second order. Kali ini try Malay Cuisine pula, iaitu Mee Hoon Tomyam. Lagipun tekak masa itu rasa macam nak makan mee yang berkuah. For me, memang sedaplah. Isinya banyak dan pedasnya pun ada,


Lepas makan, sambung surfing lagi. :-p

Rasa macam dah lewat sangat, terus pergi kaunter dan bayar. In Shaa Allah, akan datang lagi pada masa akan datang. *bukannya selalu balik Muar*

Bagi Neeza, Cyclez Cafe memang best sebab..

1. Wifi
Malah ada plug dekat kebanyakan meja, in case bawa charger kalau bateri habis masa surfing.

2. Makanan dan harga
Paling puas hati *bagi Neeza tau, lain orang lain citarasa* rainbow cake dan latte. Makanan dekat sini portion besar. Berbaloi dengan harganya. Berpatutan tau.

3. Environment
Cyclez Cafe ini konsep macam hipster pada pandangan Neeza. I like their interior. Suasana kedai pun sangat menyenangkan.

4. Pekerja/Pelayan restoran
Mereka sangat ramah gila. Masa first time datang dulu dan second time kali ini, still sama layanan mereka. Everytime customers enter the cafe, they will greet. Mereka sabar entertain their customers. *macam Neeza, lambat pilih menu sebab rambang tak tahu makan apa,haha*

A great experience here. Kipidap Cyclez Cafe! I hope, in future, Cyclez Cafe still be the same, instead be the best cafe ever.

CYCLEZ CAFE
06-953 6188
10 AM-10 PM
Level 3, Wetex Parade, Muar.

So, that's all my honest review for today. Lepas ini, restoran manakah pilihan Neeza? Tunggu.

Salam sayang.

5 comments:

  1. woww...menyelerakan makanan kat sini ehh..nnti klu g muar leh cuba ni..

    ReplyDelete
  2. Wah.. nanti kalau ada pergi muar.. kena singgah ni..hehe
    Done follow :)

    ReplyDelete
  3. Serius, kat wetex rupanya ada cafe best camni! Hihi. Bolehlah terjah nanti bila balik muar. Sebab kampung mentua di muar :)

    Btw, salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  4. memang sedap..tapi for me, they have to upgrade their service..makanan selalu lambat..went there more than 4 times and still have to face that problem..

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.